Thursday, 5 April 2012
LATIHAN PENJODOH BILANGAN LAGI ;-)
Pilih jawapan yang paling betul.
1.Ayah membawa dua( ) joran untuk memancing di sungai itu.
A bentuk
B urat
C batang
D utas
2. Pekerja-pekerja itu mengecat lapan( ) tiang rumah itu dengan warna kuning.
A bidang
B gulung
C biji
D batang
3. Siew Jin menggunakan se( ) benang untuk menjahit beberapa helai baju.
A bais
B buku
C kaki
D helai
4. Puan Yong menggunakan se( ) kertas untuk mencatat barang- barang
keperluan anak-anaknya.
A Helai
B timbun
C pasukan
D buku
5. Dua ( ) tiang lampu dihempap pokok semalam.
A kuntum
B batang
C papan
D longgok
6. Pak Osman menggunakan sepuluh ( ) kawat duri untuk memagari kebunnya.
A rawan
B gelung
C ketul
D rangkap
7. Tong Lam membaling bebeapa ( ) pasir ke dalam sungai.
A rumpun
B genggam
C patah
D butir
8. Lengan baju pegawai itu terkena beberapa ( ) dakwat merah.
A titik
B potong
C ruas
D bentuk
9. Pemburu itu menggunakan beberapa ( ) peluru untuk menembak rusa.
A laras
B das
C bilah
D butir
10. Petani itu memberikan sepuluh ( ) jagung kepada kami.
A tongkol
B biji
C baris
D ruas
Selamat menjawab!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam. Latihan penjodoh bilangan yang pelbagai. Sangat menarik soalan yang disertai gambar.
ReplyDelete