Sunday, 22 April 2012
Saturday, 14 April 2012
Thursday, 5 April 2012
LATIHAN INTERAKTIF PENJODOH BILANGAN
klik pada link yang diberikan untuk ke laman menjawab soalan. Selamat mencuba!
LATIHAN PENJODOH BILANGAN LAGI ;-)
Pilih jawapan yang paling betul.
1.Ayah membawa dua( ) joran untuk memancing di sungai itu.
A bentuk
B urat
C batang
D utas
2. Pekerja-pekerja itu mengecat lapan( ) tiang rumah itu dengan warna kuning.
A bidang
B gulung
C biji
D batang
3. Siew Jin menggunakan se( ) benang untuk menjahit beberapa helai baju.
A bais
B buku
C kaki
D helai
4. Puan Yong menggunakan se( ) kertas untuk mencatat barang- barang
keperluan anak-anaknya.
A Helai
B timbun
C pasukan
D buku
5. Dua ( ) tiang lampu dihempap pokok semalam.
A kuntum
B batang
C papan
D longgok
6. Pak Osman menggunakan sepuluh ( ) kawat duri untuk memagari kebunnya.
A rawan
B gelung
C ketul
D rangkap
7. Tong Lam membaling bebeapa ( ) pasir ke dalam sungai.
A rumpun
B genggam
C patah
D butir
8. Lengan baju pegawai itu terkena beberapa ( ) dakwat merah.
A titik
B potong
C ruas
D bentuk
9. Pemburu itu menggunakan beberapa ( ) peluru untuk menembak rusa.
A laras
B das
C bilah
D butir
10. Petani itu memberikan sepuluh ( ) jagung kepada kami.
A tongkol
B biji
C baris
D ruas
Selamat menjawab!
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENJODOH BILANGAN?
Kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama (nama benda seperti orang, binatang, makanan, tanaman, bangunan, tempat dan sebagainya).
Contoh:
n Jumlah + Penjodoh Bilangan + benda
n Lima + ekor + harimau
TENTANG BLOG ;-)
Blog ini merupakan blog Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Tajuk yang dikhususkan dalam blog ini ialah mengenai Penjodoh Bilangan terutamanya untuk murid-murid tahun 3. Diharapkan agar kandungan atau entri dalam blog ini dapat dijadikan panduan untuk semua pengunjung blog saya. Komen dan cadangan dalam penambahbaikan blog ini dialu-alukan. Mohon saudara dan saudari sudi berkongsi idea dan bahan bersama demi memajukan lagi pendidikan untuk anak bangsa kita.
Sekian.
SEUNTAI KATA PEMILIK BLOG
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka saya dapat memulakan langkah pertama dalam menyelesaikan tugasan pembinaan blog pembelajaran ini. Blog ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak tugasan bagi kursus yang diambil iaitu kursus KRT3013.
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka saya dapat memulakan langkah pertama dalam menyelesaikan tugasan pembinaan blog pembelajaran ini. Blog ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak tugasan bagi kursus yang diambil iaitu kursus KRT3013.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi kursus ini yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam tugasan atau pembinaan blog ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbagan berbentuk idea kepada saya untuk memurnikan lagi kerja kursus ini . Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya menyudahkan tugasan ini.Saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada suami dan anak-anak yang telah membantu dari segi sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kalian, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu dan sia sia.
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan kerja kursus ini.
Sekian,wassalam
NORINI SHAARI
Subscribe to:
Posts (Atom)