Blogger Backgrounds

Thursday 5 April 2012

SEUNTAI KATA PEMILIK BLOG

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan  izin dan limpah kurniaNya maka saya dapat memulakan langkah pertama dalam menyelesaikan tugasan pembinaan blog pembelajaran ini. Blog ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak tugasan bagi kursus yang diambil iaitu kursus KRT3013.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi  kursus ini yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam tugasan atau pembinaan blog ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. 

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbagan berbentuk idea kepada saya untuk memurnikan lagi kerja kursus ini . Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya menyudahkan tugasan ini.Saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung. 

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada suami  dan anak-anak yang telah membantu dari segi sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kalian, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu dan sia sia. 

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan kerja kursus ini.

Sekian,wassalam
 NORINI SHAARI

No comments:

Post a Comment